Friday, July 31, 2015

Aku dan Chicken Pox

Tak sangka aku berjangkit dengan kakak aku. Aku syak pade hari raye keempat, raya tak bermakna lagi selepas daripada chicken pox menyerang diri aku. Aku balik malam tu lepas daripade beraye dengan kawan-kawan dunia akhirat aku hahaha, sepanjang hari tu aku pening dan terase demam tapi buat bodoh je sebab tak mau rosakkan mood raya kami, banyak destinasi rumah cikgu kami pergi beraye dan aku rase pening gile. Tak gile kenapanye dari pagi sampai malam beraye.

Sampai je rumah, aku terus baring capai selimut aku selimut macam takutkan hantu kahkahkah. Aku dah biase demam tapi demam ni rase lain macam nak terangkan pun kau bukan faham hahahaha. Dasyatnye penangan chicken pox ni, tapi malam tu aku perasan something dekat pinggang ak ade satu bonjolan yang misteri aku fikir jerawat badan tapi ini lain ianya seperti butir air aku pun terus tanya kakak aku sebab dia berpengalaman eh?

Die kate aku kene penyakit tu oh tidak.

keesokkannya dan seterusnya sampailah hari ketiga biji-biji merah mula naik pada mukaku yang flawless ni (flawless la sgt) rase geli nak pegang muka sendiri rase macam cerita bepop dalam cerita lawak kampus tu.

Apekan daya nak tengok cermin pun euwww!! adakah itu aku..nak diceritakan balik seram sih cerita aku. Hari ni hari ke-12 aku kena alhamdulillah makin sihat, CP ni mula tinggal kuping yang dah kering.

ok bai muah