Friday, July 31, 2015

Aku dan Chicken Pox

Tak sangka aku berjangkit dengan kakak aku. Aku syak pade hari raye keempat, raya tak bermakna lagi selepas daripada chicken pox menyerang diri aku. Aku balik malam tu lepas daripade beraye dengan kawan-kawan dunia akhirat aku hahaha, sepanjang hari tu aku pening dan terase demam tapi buat bodoh je sebab tak mau rosakkan mood raya kami, banyak destinasi rumah cikgu kami pergi beraye dan aku rase pening gile. Tak gile kenapanye dari pagi sampai malam beraye.

Sampai je rumah, aku terus baring capai selimut aku selimut macam takutkan hantu kahkahkah. Aku dah biase demam tapi demam ni rase lain macam nak terangkan pun kau bukan faham hahahaha. Dasyatnye penangan chicken pox ni, tapi malam tu aku perasan something dekat pinggang ak ade satu bonjolan yang misteri aku fikir jerawat badan tapi ini lain ianya seperti butir air aku pun terus tanya kakak aku sebab dia berpengalaman eh?

Die kate aku kene penyakit tu oh tidak.

keesokkannya dan seterusnya sampailah hari ketiga biji-biji merah mula naik pada mukaku yang flawless ni (flawless la sgt) rase geli nak pegang muka sendiri rase macam cerita bepop dalam cerita lawak kampus tu.

Apekan daya nak tengok cermin pun euwww!! adakah itu aku..nak diceritakan balik seram sih cerita aku. Hari ni hari ke-12 aku kena alhamdulillah makin sihat, CP ni mula tinggal kuping yang dah kering.

ok bai muah

Wednesday, November 19, 2014

Aku letih

Ya Allah letihnya harini.

Aku nak rehat

Tapi banyak bermain di fikiran

Mungkin letih dengan permainan bodoh

Bodohnya aku sekarang

Agak hodoh bahasa itu

Tapi cuma penulis tahu jalan cerita

Yang mentafsir cuma tahu memberi jari telunjuk

Ingin aku hadiahkan jari tengah aku

Kepada yang kurang bahasa

Tapi aku tak ajar diri jadi kurang ajar

Cuba bertahan dengan plastik sampah kau yang busuk

Boleh tak diam

Biar aku bernafas dengan selesa

aku letih bodoh.

Tuesday, November 18, 2014

Kurus tanpa berpeluh


Berharapnya ada badan sebegitu hehe. Okay jum berbalik kepada topik utama kita. Ye bukan senang nak kurus mungkin kerana memang tabiat kita suka kedarah je kerja.

Okay follow step saya bagi ni anda akan kurus. Saya taklah kurus sangat cuma dekat paha tu besar mungkin sebab genetik.

1- Pagi lepas sembahyang subuh korang minum air limau nipis atau lemon mana-mana antara dua ni kemudian perah dalam air suam. minum tau tiap-tiap hari banyak khasiat buah ni antaranya vitamin c.

2-minum banyak air masak.

3- minum air teh hijau

4- elakkan makan makan berlemak, bergoreng dan seangkatan dengannya. 

5- Makan dengan perlahan-lahan. Perlahan maksud kat
 sini ialah kunyah dengan lumat makanan tu. makan tanpa muzik atau tv. Makan seelok-eloknya 15 minit.

6- Makan 5 kali sehari kuantiti kecil bagi mengelakkan korang lapar malam nanti.

7- Jangan makan selepas pukul 7 kalau degil jangan makan 3 jam sebelum tidur nanti kalau korang makan pukul 9 contohnya lepastu korang tidur nanti lemak tu terbiar sebab tu la jadi gemuk, makanan mengambil masa untuk hadam selama 3 jam ada faham?

8- Makan buah-buahan.

9- Cintailah diri anda, walaupun anda rase eh gemuknya aku, hodohnya aku asal aku tak cantik macam yang lain asal aku jerawat banyak asal aku bla,bla,bla.. Cubalah terima diri sendiri..aku pun tengah cuba terima diri sendiri.

Okaylah sayang selamat mencuba. :-)


Monday, November 17, 2014

Hilang


Okay pantai timur musim tengkujuh sekarang. Dan aku cuma habiskan masa kat rumah specific bilik aku la.

Kalau dulu ada je yang bertanya khabar sekarang mane ade hehe. Saje mengimbau kenangan lalu tak salah kan. 

Muncungkan mulut sebab dah nak masuk belaja, actually terasa macam dicampak ke Pahang, tak tahu lagi lusa baru tahu keputusan. Result aku tak gempak la asal boleh sambung kira okay la kau sape nak busybody. 



Saturday, November 15, 2014

Cara-cara putihkan kasut sekolah yang kuning


Assalamualaikum. Saja nak kongsi tips bagi adik-adik yang merungut kasut sekolah dah kuning haha. Jangan keluh kesah meh akak nak kongsi tips. Tips ni dapat dari kawan jugak.

Biasenya korang basuh kasut tiap-tiap hujung minggu kan ada perasan tak kat bahagian depan kasut atau sekeliling kasut kuning? Kalau tak perasan memang kasut korang putih hehe

Mula-mula basuh dulu kasut macam biasa. Then, ambil tisu dapur tebal sikit kalau tak ada tisu dapur tisu kotak biase tu tak apa asalkan tisu senang cite.

Pastu balut kasut adik-adik ye, balut masa tengah lembab tau jangan masa kering tak menjadilah jawabnya. Balut elok-elok dan boleh jemur macam biasa. Okay :)

Lepastu kawan tegur, eh kasut baru ke? :P

Ok bai selamat mencuba

Friday, November 14, 2014

Meh gebu bersama K colly.


Baru-baru ni baru saje cuba-cuba beli k colly. Nak gebu lah katakan haha. Ramai jugak yang kata k colly ni berkesan untuk kulit muka dan badan. Tapi ada orang yang kesannya cepat dan ada juga yang makan masa, bagi yang ambik masa yang lama macam saya ni kena sabar la sikit mungkin 10 botol k colly kut baru gebu kut hahaha. 

Harga asal k colly ni RM150, kalau ada yang jual mahal tu mintak murah hahaha. Tapi saya beli dengan harga kasih sayang kut RM110 kira okaylah tu kan. 

Bagusnya k colly ni melawaskan bila anda buang air besar bagi yang sembelit tu memang baguih hehe. Selain daripada tu nak cantik putih gebu macam pelakon Fathia tu boleh  cuba Insyaallah. 

K colly ni cuma perlu kemam kat bawah lidah, nanti die cair dengan sendiri. 1/2 pagi dan malam 1/2 .
Yang penting air masak 3liter sehari tapi aku minum je banyak-banyak sebab taktau banyak mana 3liter :3

Aku ambik k colly ni sebab stress orang panggil aku gelap -_- 

wassalam


Wednesday, November 12, 2014

Bosan


'Ma aboh adik takboh belajo la' mahu je hati ni luahkan tapi lidah yang kelu taktala melihat mereka berdua yang berusaha keras membesar aku sehinggakan aku agak kurang ajar dulu. Memangla bukan semua orang pandai, pandai boleh diasah , aku boleh je nak push diri nak belajar tapi kalau hati takmahu ikhlaskah aku? Tapi ini untuk masa depan aku, Nanti besar mungkin semua kakak abang aku dah ada keluarga ada anak yang mereka nak uruskan. 

Hari ni aku tahu keputusan pra diploma aku. Aku lulus semua empat subjek. Yang aku suka bila lihat subjek yang agak aku pening dulu dapat -B -_- . 

Aku bagitau dekat semua femily aku yang aku lulus, mereka gembira tapi adakah aku pura-pura.